UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Azlina Amat Yasin
Title :Amalan inovasi pengajaran penguasaan sifir dan kemahiran penyelesaian masalah matematik murid tahun 5 (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian tindakan ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan inovasi pengajaran dalam penguasaan sifir dan kemahiran penyelesaian masalah matematik murid Tahun Lima. Rekabentuk kajian menggunakan dua gelung dalam pengajaran dan pembelajaran diadaptasi daripada Model Kajian Tindakan Kemmis & Mctaggart 1988. Pemilihan sasaran kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan 21 murid Tahun Lima di salah sebuah sekolah rendah dalam sebuah felda di Daerah Hulu Selangor selama sembilan minggu. Modul Intervensi MAGIC MATHS digunakan bagi meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam subjek matematik. Pengkaji membangunkan MAGIC MATHS menggunakan perisian Microsoft Power Point dan Microsoft Visual Basic. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra dan ujian pasca, soal selidik, catatan refleksi, analisis dokumen, protokol temubual, pemerhatian, gambar dan rakaman video. Data dianalisis secara deskriptif dan kualitatif. Dapatan ujian pasca selepas lima sesi intervensi dalam gelung pertama menunjukkan peningkatan dalam pencapaian 16 murid berbanding ujian pra. Walaubagaimanapun lima orang murid dalam gelung pertama mendapat markah rendah telah dibimbing dalam gelung kajian tindakan kedua. Penyelidik melaksanakan penambahbaikan strategi pengajaran berkonsepkan fun learning in Maths. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan sifir asas 2 hingga 9 dan kemahiran penyelesaian masalah murid telah meningkat apabila 16 murid di dalam gelung pertama dan lima murid di dalam gelung kedua mendapat markah yang setara. Dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan TMK dalam MAGIC MATHS meningkatkan minat bagi murid yang kurang cerdas terhadap matematik dan mereka dapat menguasai sifir asas 2 hingga 9, mengaplikasikannya dalam soalan darab, bahagi dan soalan kemahiran penyelesaian masalah. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian dalam kedua-dua gelung kajian tindakan ini. Pengajaran dan pembelajaran matematik dijalankan secara koperatif, didikhibur selaras dengan pembelajaran Abad 21 memerlukan pedagogi guru yang kreatif dan inovatif, membudayakan guru sebagai penyelidik bagi melahirkan murid yang kritis, berkeyakinan, berketrampilan, celik teknologi serta mempunyai jati diri yang mapan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)